Umar's Homestay adalah sebuah rumah yang mempunyai 4 bilik dan boleh diduduki oleh 7-10 orang. Rumah ini lengkap dengan peralatan dapur, dan penghawa dingin di setiap bilik.
Homestay ini bertempat di Kemaman dan berdekatan dengan Pantai Teluk Maknik atau nama glamornya Monica Bay. Anda boleh berjalan kaki sahaja dari Umar's Homestay untuk pergi berkelah dan menikmati keindahan pantai Monica Bay.
Selain itu, homestay ini juga sangat berhampiran dengan Kampus Intan Wilayah Timur (INTIM). Bagi anda yang datang berkursus di sini. tentu sahaja anda boleh membawa keluarga anda datang bercuti di bumi Terengganu, dan tinggal di Umar's Homestay yang kami sediakan.
Dengan bayaran yang berpatutan, anda pasti tidak akan menyesal.
Untuk keterengan lanjut, sila hubungi kami di 09-868 4133
No comments:
Post a Comment